Nizar, Bekas Menteri Besar Perak sudah mula buat semak dan menyibuk di Program anjuran UMNO. Beliau sudah lupa bahawa beliau bukan lagi Menteri Besar Perak. Wajah-wajah sebenar wakil rakyat Pakatan Rakyat sudah mula menyerlah. Kehadiran beliau ke Program UMNO sebenarnya menunjukkan beliau tidak dapat menerima hakikat bahawa UMNO/BN telah mula diterima oleh rakyat. Sebagai wakil rakyat, beliau sewajarnya menumpukan perhatian kepada masalah-masalah rakyat. Kehadiran ke program UMNO tersebut jelas menunjukkan beliau sendiri tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh rakyat dan sebagai Pemimpin Yang GAGAL. Hanya ingin bermain retorik politik semata-mata dan mendapat publisiti percuma Pilihanraya.
PK memuji tindakan penganjur program yang tenang menerima tetamu tak di undang ini. Tindakan Nizar Muka Tak Malu ini sebenarnya memakan diri sendiri. Rakyat semakin muak dengan kerenah wakil rakyat Pakatan Rakyat.
Apa kata kalau program-program ceramah anjuran Pakatan Rakyat, wakil rakyat UMNO/BN hadir duduk mendengar dan membalas fitnah dan tohmahan yang dlemparkan. Baru dikira "win win situation"!
No comments:
Post a Comment