Friday, 1 June 2012

HOT: Awi Rafael Playboy?



KUALA LUMPUR: Penyanyi Awi Rafael risau dengan pandangan peminat yang mungkin menganggapnya sebagai 'playboy' disebabkan lagu-lagu yang dihasilkan berinspirasi bekas-bekas kekasihnya.
Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan berkata, jika benar ada yang memberi tanggapan sedemikian, ia ternyata salah kerana hanya dua wanita yang pernah menjadi kekasihnya sementara ketika ini hanya pelakon Hanez Suraya yang bertakhta di hati.
"Memang benar lagu-lagu yang dihasilkan sejak dahulu lagi berinspirasi wanita yang saya pernah sayangi dahulu dan kini ia dapat diperdengarkan semua.
"Malah terdapat sebuah lagu yang judulnya menggunakan nama bekas kekasih saya,Kalista, mengisahkan tentang perhubungan kami sebelum ini.
"Bagaimanapun, harap peminat-peminat jangan salah faham, saya bukannya 'playboy' tau," katanya yang ditemui pada sesi pra dengar album terbarunya berjudul Asalkan Aku OK di CEO Karaoke Box, Fahrenheit, di sini, Khamis.
Tambah Awi, dia juga menghasilkan sebuah lagu berinspirasi penyanyi legenda Elvis Presley dengan menggunakan judul Elvis pada album terbarunya yang akan dipasarkan pada pertengahan Jun ini.
Menarik lagi, Awi turut menghasilkan sebuah lagu berunsurkan ketuhanan, berjudul Dewa, namun lagu tersebut tidak akan dimainkan di mana-mana stesen radio.
"Sebenarnya, Dewa dihasilkan untuk diri saya dan hanya akan dimasukkan dalam album sahaja kerana ia merupakan sebuah lagu yang sangat istimewa untuk diri sendiri dan Allah.
"Hanya orang yang membeli album ini sahaja yang dapat mendengar lagu ini. Biasalah, kadang-kadang kita lupakan-Nya kerana kesibukan di dunia.
"Mana tahu, apabila mendengar lagu ini, ia mengingatkan semula tentang perkara-perkara wajib yang kita lupa sebagai seorang Islam," ujarnya yang ingin menghasilkan sebuah album berunsur ketuhanan pada masa akan datang nanti.
Selain Kalista, Elvis dan Dewa, Awi mempertaruhkan Asalkan Aku OK sebagai single lagu terbarunya dan selain itu, antara lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah Hari-Hariku, Lebih Berat Dari Surga, My Baby You, Satu Peluang Sahaja dan Siapa Yang Sempurna.
Beritahu Awi lagi, lirik-lirik lagu yang disampaikan berdasarkan kehidupan realiti seseorang manusia dan menyuntik unsur-unsur positif dalam jiwa pendengar nanti.
mStar Online

No comments:

Post a Comment