Thursday, 21 June 2012

Maut Terjun Hospital! Macam-Macam!!!!



GEORGETOWN: Seorang warga emas ditemui mati setelah dipercayai terjatuh dari tingkat empat Hospital Pulau Pinang (HPP), awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata Tan Jit Wan, 68, sedang menjalani rawatan di hospital itu kerana menghidap barah leher. 

Beliau berkata sebelum kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, Tan dikatakan telah mengadu kepada jururawat dan doktor bahawa dia tidak tahan menanggung kesakitan penyakitnya.

"Beberapa pesakit dan jururawat melihatnya berdiri dan termenung di tepi tingkap berhampiran katilnya sebelum insiden itu berlaku," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Gan berkata mangsa mati ditempat kejadian ekoran kecederaan parah di bahagian kepala.

Katanya kes seumpama itu merupakan kes kedua berlaku di hospital berkenaan tahun ini.

Beliau berkata dalam siasatan awal, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment