Wednesday, 13 June 2012

PANAS! Anzalna Fitnah Neelofa?


Neelofa (tengah) bersama para peguamnya sambil menunjukkan kenyataan akhbar yang dibuat Anzalna.
PETALING JAYA: Pelakon Neelofa, 23, melalui peguamnya telah mengeluarkan notis tuntutan meminta bukti dan penjelasan daripada Anzalna terhadap kenyataannya yang berbaur fitnah dalam artikel bertajuk "Anzalna Bidas Neelofa" yang tersiar menerusi akhbarBerita Minggu pada 10 Jun 2012.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, terdapat sembilan perkara fitnah yang telah dilemparkan dalam artikel itu dan Anzalna diberi tempoh selama tujuh hari untuk memberikan surat tuntutan balas daripada pihaknya.
"Segala tuduhan yang dilemparkan dalam akhbar berkenaan adalah seratus peratus tidak benar.
"Sekiranya Anzalna gagal memberikan surat tuntutan balas serta mengemukakan bukti dan penjelasan terhadap kenyataannya itu, dia akan dikenakan tindakan seterusnya.
Saya harap dia memberikan kerjasama, " tegas Neelofa pada sidang akhbar khas yang diadakan di Hotel One World, di sini, Rabu.
Neelofa telah melantik dua peguam iaitu Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak daripada firma guaman Ahmad Hidayat Md Nor & Co untuk mengeluarkan notis tuntutan tersebut yang telah pun dihantar kepada Anzalna pada Rabu.
Neelofa dikerumuni wartawan selepas beliau membuat sidang media tergempar pada Rabu.
Pelakon tersebut diberi tempoh seminggu untuk menjawab notis berkenaan.
Tambah Neelofa, tuntutan meminta bukti dan penjelasan itu dilakukan agar dia dapat membersihkan namanya yang mungkin akan terjejas pada masa akan datang.
"Selepas kenyataannya keluar, saya terus menemui peguam untuk mendapatkan nasihat.
"Dan sebagai permulaan, saya mengambil tindakan ringan dengan cara formal terhadapnya agar masalah dapat diselesaikan dengan mudah.
"Andai kata dia enggan bekerjasama, saya akan memberi dia dua pilihan lagi untuk tindakan yang seterusnya," tegas Neelofa.
Pergaduhan kedua-dua artis tersebut dikatakan tercetus ketika Neelofa dan Anzalna masih lagi dalam pertandingan pencarian Dewi Remaja pada tahun 2010.
Dalam isi kandungan artikel yang disiarkan Berita Minggu itu, Anzalna turut mendakwa Neelofa pernah menghina keluarganya selain seorang yang busuk hati.
Malah, Anzalna dilaporkan turut menuduh pelakon filem Azura 2012 itu mewujudkan satu akaun “Kami Benci Anzalna” selain dikatakan diugut oleh Neelofa jika dia memenangi pertandingan Dewi Remaja itu.
mStar Online

No comments:

Post a Comment