PARIS: Seorang lelaki membunuh diri dengan terjun dari Menara Eiffel, semalam.
Sumber polis berkata, polis terlihat lelaki itu memanjat struktur menara itu pada kira-kira jam 11.30 malam (2130 GMT). Mereka segera mengosongkan menara itu, menutup kawasan itu dan cuba berunding dengan lelaki itu yang bercakap dalam bahasa Inggeris.
Rundingan itu gagal dan lelaki itu melompat dari antara aras dua dan aras paling atas, pada ketinggian antara 125 dan 324 meter.
Sumber itu berkata, membunuh diri dengan melompat dari menara itu sering berlaku tetapi agak jarang seseorang itu boleh memanjat dengan begitu tinggi.
Menara itu dibina Gustave Eiffel pada 1889. - AFP
No comments:
Post a Comment