KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
SIARAN SEGERA
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
KBS TIDAK BAYAR K-POP GUNA WANG KERAJAAN
PUTRAJAYA,
1 JUN 2012-- Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, tidak menggunakan
sebarang wang kerajaan untuk membayar persembahan K-Pop daripada Korea
untuk persembahan mereka di Himpunan Jutaan Belia dari 23 hingga 27 Mei
2012.
Ini
kerana kos untuk membawa tiga kumpulan tersebut ke Malaysia oleh
Stadium First bernilai RM900,000 (USD300,000) akan dibuat melalui wang
tajaan yang diterima oleh KBS daripada penaja-penaja.
“Bagaimanapun
sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada
Stadium First kerana ianya masih dalam proses perincian.
“Kos
RM900,000 ini telah ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal
program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak
swasta untuk menyelesaikannya.
Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia menerima tajaan daripada pelbagai syarikat
swasta bernilai RM28juta dalam bentuk wang tunai, barangan dan juga
pelaksanaan program.
KBS
ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4juta yang telah diedarkan
di dalam blog-blog itu adalah invois awal yang dibuat berdasarkan
perkiraan awal yang dikenakan oleh agen kepada Stadium First.
Bagaimanapun
menerusi perbincangan dengan agen tersebut akhirnya pihak Stadium First
telah berjaya mendapatkan pengurangan dengan kos akhir membawa kumpulan
K-pop tersebut hanya RM900,000.
Tiga kumpulan K-Pop dari Korea yang membuat persembahan di Himpunan Jutaan Belia adalah U KISS, TEEN TOP dan DAL SHABET.
Persembahan
K-pop ini adalah salah satu daripada lebih 500 aktiviti yang telah
dijalankan sepanjang tempoh 5 hari Himpunan Jutaan Belia 2012.
DATO’ MOHID MOHAMED
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA.
1 JUN 2012
Untuk maklumat tambahan, sila berhubung
PUAN AZIAH AHMAD
Ketua Komunikasi Korporat, KBS
019-3315577
No comments:
Post a Comment