BUKTI...Ahmad menunjukkan rakaman video penderitaan umat Islam Rohingya.
YANGON (Myanmar): “Saya bukan cakap kosong, tapi ada bukti. Penduduk
etnik Rakhine kini bermaharajalela menyerang dan membunuh orang Islam
Rohingya di Arakan, tetapi malangnya perkara ini tidak diketahui
masyarakat luar kerana pihak berkuasa bijak menyorokkan maklumat
sebenar.
“Malah, anggota pasukan keselamatan turut membantu puak Rakhine
menindas penduduk Rohingya. Perkara ini bukan lagi rahsia kerana semua
orang Islam di Myanmar tahu, namun kami dihalang memberi bantuan,” kata
aktivis Islam yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 32, ketika ditemui
di sini, baru-baru ini.
Ahmad yang ibu bapa dan adik-beradiknya masih di Arakan berkata, dia
sentiasa memantau perkembangan di negeri kelahirannya itu selain
berhubung dengan beberapa individu di sana untuk mendapat maklumat
terkini.
Menurutnya, setiap individu Muslim tidak wajar berdiam diri tanpa melakukan apa-apa sedangkan ratusan ribu saudara seagama menderita akibat tekanan puak Rakhine yang dibantu pasukan seragam kerajaan di Arakan.
Menurutnya, setiap individu Muslim tidak wajar berdiam diri tanpa melakukan apa-apa sedangkan ratusan ribu saudara seagama menderita akibat tekanan puak Rakhine yang dibantu pasukan seragam kerajaan di Arakan.
Beliau mendakwa pada masa ini ada kira-kira 115,000 orang umat Islam Rohingya tinggal di lima khemah penempatan sementara di beberapa kawasan iaitu di Thet Khapyin yang menempatkan 40,000 orang, Da Bai Thaecheung (25,000), Bumay (10,000), Budu Pa (20,000) dan Sampya Barat (20,000).
Harian Metro
No comments:
Post a Comment