ADIDAS secara rasminya telah melancar but bola terbaru,Predator Lethal Zones yang lebih moden dan sempurna untuk dipakai lebih-lebih di bahagian serangan.
Dengan tampil rekaan lebih saintifik di lima bahagian utama depan but membolehkan pemain-pemain membuat pengawalan, hantaran bola, menggelecek, first touch dan sweet spot (bahagian depan kiri) dengan lebih tepat dan laju.
Dengan lima titik yang direka khas ini sekali gus menjadikannya sebagai but sempurna bagi pengawalan bola.
Ia terbukti dan memberi kesan terbaik selepas beberapa pemain terkenal dunia seperti Robin van Persie (Arsenal), Xavi (Barcelona), Samir Nasri (Man City), Nani (Man United) serta Di Maria (Real Madrid) telah menguji but ini dan turut menyumbangkan idea ketika proses rekabentuk dilaksanakan.
Ia dicipta dengan bahan getah paling ringan dan memory form dengan 3D bagi yang mempu melakukan hantaran lencong tepat ke gawang.
Predator Lethal Zones dijual dengan harga RM799 mampu memberi kepuasan kepada pemain-pemain hasil rekaan yang berteknologi tinggi dan kesan yang unik.
Pengurus Pemasaran Adidas Malaysia, Max An berkata, Predator Lethal Zones merupakan pilihan tepat kepada pemain-pemain bola sepak yang ingin mempamerkan aksi terbaik.
"Untuk pertama kalinya, Predator menjadi senjata paling sesuai. Adidas telah bekerjasama dengan pemain-pemain elit dan amatur untuk ke tahap yang lebih baik," jelasnya pada pelancaran baru-baru ini.
Selain itu, penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha berkata, but ini yang mampu memberi ketepatan, kuasa serta pengawalan bola yang maksimum.
Sumber : Minguan mStar
No comments:
Post a Comment