JAKARTA: Menjelang bulan Ramadan, Kementerian Komunikasi dan Maklumat
menjalankan operasi secara besar-besaran membanteras pornografi
Internet.
Menterinya, Tifatul Sembiring semalam berkata, pejabatnya telah
menutup lebih satu juta laman porno baru-baru ini, yang semuanya
beroperasi dari luar negara dan mensasarkan lebih banyak laman pada
bulan depan. “Kami akan menyekat lebih banyak laman porno ketika
Ramadan walaupun ia tidak bermakna kami akan membenarkan laman
seumpamanya beroperasi pada waktu lain sepanjang tahun,” katanya kepada
wartawan di pejabatnya.
Ahli politik daripada Partai Keadilan Sejahtera (PKS) itu mendedahkan terdapat kira-kira dua bilion laman web yang mempunyai kandungan pornografi. Menurutnya, pembabitan masyarakat dalam mengekang pornografi Internet adalah penting.
“Saya menyeru rakyat dari mana saja supaya memaklumkan kepada kami
jika mereka menemui sebarang laman web porno, supaya kami dapat
memeriksanya. Pornografi Internet adalah satu industri dan produsernya
selalu mencari cara baru untuk mengelak daripada dikesan.
“Oleh itu, kami juga sedang membentuk kemahiran untuk menangani mereka,” katanya. - Jakarta Post
Harian Metro
No comments:
Post a Comment