ARAU: Pekan Danok yang bersempadan dengan Bukit Kayu Hitam, di sini
malam tadi bergegar apabila sebuah kedai dipercayai gudang mercun
meletup.
Kejadian kira-kira jam 10.45 malam waktu Malaysia itu dilapor
memusnahkan sekurang-kurangnya 10 kedai majoritinya di sepanjang deretan
Lorong 2 di pekan tumpuan rakyat Malaysia itu.
Sumber polis Thai ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu yang
berlaku kurang 50 meter dari Kompleks Kastam dan Imigresen Thailand,
dekat sini.
Bagaimanapun, katanya sehingga kini masih belum dapat dipastikan sama ada terdapat mangsa yang terkorban, termasuk rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, katanya sehingga kini masih belum dapat dipastikan sama ada terdapat mangsa yang terkorban, termasuk rakyat Malaysia.
Sementara itu, pihak Konsul Malaysia di Songkhla, ketika dihubungi berkata, sehingga kini tiada laporan rasmi mengenai kecederaan atau kematian akibat letupan berkenaan.
"Kita sudah hantar pegawai untuk menyiasat keadaan di lokasi kejadian. Bagaimanapun maklumat sehingga kini masih samar kerana kawasan kejadian ditutup dan dikawal rapi pihak berkuasa Thai," katanya.
Harian Metro
No comments:
Post a Comment