KUALA LUMPUR: Pelakon Lisa Surihani terpaksa bercuti daripada berlakon selama dua minggu gara-gara mengalami viral conjunctivitis iaitu sejenis penyakit mata yang disebabkan oleh virus.
Lisa berkata, masalah itu berpunca daripada suaminya, Yusry Abdul
Halim yang dijangkiti penyakit berkenaan pada hujung Jun lalu sehingga
mengambil masa selama tiga minggu untuk pulih.
“Lisa menghidap penyakit itu berpunca daripada Yusry. Disebabkan dia
alah kepada ubat, dia hanya pulih selepas tiga minggu. Selepas itu,
penyakit tersebut merebak pula kepada Lisa.
“Ia bermula dengan mata sebelah kiri. Kemudian merebak kepada mata
kanan. Kedua-dua mata Lisa merah dan pedih. Nak buka pun sakit,” katanya
kepada mStar Online ketika ditemui selepas pelancaran portal perniagaan dalam talian iaitu 701pages.com di Hotel Westin di sini, Khamis.
Lisa memberitahu penyakit yang dialaminya itu amat berbahaya dan
pihak doktor memberikannya cuti sakit selama dua minggu sehingga
menyebabkan dia terpaksa menangguhkan penggambaran drama bersiri Mana Hilangnya Juita.
Kata Lisa, sakit mata itu menyebabkan dia sukar membuka mata ketika hendak bangun tidur selain mata menjadi berair serta pedih.
Katanya, doktor turut menasihati agar dia tidak menggunakan kanta
lekap selain perlu mengelak daripada menggunakan solekan di kawasan muka
bagi mengelakkan penyakit berkenaan sukar untuk sembuh.
“Kerana nasihat doktor itu, saya terpaksa membatalkan banyak sesi
fotografi untuk Hari Raya yang telah diatur sebelum ini,” katanya yang
bersyukur penyakit itu beransur pulih dan dia terpaksa memakai cermin
mata buat sementara waktu.
Sementara itu Lisa turut menasihatkan peminatnya supaya tidak
menyentuh mata masing-masing sesuka hati kerana ia boleh menjadi punca
kepada jangkitan.
Katanya, mata adalah aset yang amat bernilai dan pancaindera itu haruslah dijaga dengan rapi agar tidak mengalami masalah.
“Kalau nak sentuh mata, gunakanlah kapas dan cucikannya dengan air
yang bersih,. Jangan amalkan sikap suka menggosok mata serta
menyentuhnya dengan jari,” nasihat Lisa.
mStar Online
No comments:
Post a Comment