Tuesday, 3 July 2012

MANUSIA KEJAM! Benam Mayat Dalam Perigi


TRAGIS...anggota polis mengusung mayat mangsa untuk dibedah siasat.
TRAGIS...anggota polis mengusung mayat mangsa untuk dibedah siasat.
ALOR GAJAH: Seorang lelaki warga emas mati dalam keadaan menyedihkan apabila kepalanya dipukul dengan objek keras dan mayatnya dicampak ke dalam perigi sedalam enam meter di rumahnya sendiri di Bukit Sebang, di sini.

Bagi mengelak mayat Yau Fook San, 68, ditemui, penjenayah terbabit menggunakan enam kusyen untuk menindih dan menutup mayat mangsa dalam perigi itu.


Mayat Yau ditemui selepas ahli keluarganya dari ibu negara datang ke rumah itu apabila gagal menghubungi telefon bimbit mangsa, jam 4.20 petang kelmarin.


Difahamkan, perkara itu disedari jiran terdekat yang tidak melihat kelibat tukang cat itu sejak beberapa hari lalu, sebelum memaklumkan kepada keluarga mangsa.


Sejurus tiba, beberapa ahli keluarga mendapati rumah setingkat itu dalam keadaan berkunci dan mereka memanggil nama mangsa, tetapi tidak berjawab.



Mereka kemudian masuk mencari mangsa dan mendapati kusyen di rumah itu hilang selain ternampak kesan darah pada peti sejuk, lalu menghubungi polis.


Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, bertindak atas maklumat diterima, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.


“Hasil pemeriksaan, didapati bahagian dalaman rumah mangsa dalam keadaan kemas dan tersusun, namun ketika memeriksa ruang dapur, polis mendapati sebuah perigi yang ada di situ mengandungi enam kusyen.



“Selepas semua kusyen itu dibawa keluar, mayat mangsa ditemui dalam keadaan mukanya terbenam ke dalam air,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Hadir sama, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) negeri, Superintendan R Gunarajan.

Menurutnya, polis terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Alor Gajah untuk mengeluarkan mayat mangsa berikutan saiz perigi yang terlalu sempit.

Umar berkata, beberapa kesan luka ditemui di kepala mangsa dipercayai dipukul dengan objek keras sebelum mangsa dicampak ke dalam perigi terbabit.


Harian Metro

No comments:

Post a Comment