Monday 23 July 2012

Penjawat awam bakal nikmati bonus Aidilfitri?


PEKAN – Penjawat awam berkemungkinan besar akan menerima pemberian imbuhan sempena Aidilfitri sekiranya kerajaan mampu melakukannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga presiden Umno berkata, beliau akan melihat ‘buku kira-kira’ kerajaan terlebih dahulu untuk menyemak sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pemberian tersebut.

“Kita akan semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu…kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan,” katanya kepada pemberita di sini.

Najib berkata sedemikian apabila diminta mengulas mengenai tuntutan imbuhan Aidilfitri oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) baru-baru ini.

Pada pertengahan bulan Julai, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata pihaknya sedang mencari pendekatan terbaik bagi memastikan penjawat awam yang mencecah jumlah 1.4 juta orang bakal menikmati imbunan tersebut.

Sumber : wartarakyat.my

No comments:

Post a Comment