LILLE (Perancis): Penyerang bersenjata menembak mati dua pelanggan sebuah kelab malam di utara Perancis semalam dalam apa yang dikatakan serangan balas dendam selepas dia dihalau keluar dari disko itu, kata polis dan pegawai tempatan.
Lelaki itu yang “dikenali oleh polis”, dihalau keluar dari disko Theatro yang terletak di tengah bandar Lille, tetapi kembali pada kira-kira jam 3 pagi dan melepaskan tembakan menggunakan senjata Kalashnikov.
Atendan penjaga pakaian dan seorang pelanggan ditembak mati manakala lima lagi termasuk penjaga kelab cedera dan dibawa ke hospital.
Polis berkata, penyerang itu, yang melakukan serangan itu bersendirian, melarikan diri dengan sebuah kereta dan polis telah melancarkan gerakan memburunya. - AFP
No comments:
Post a Comment