KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi mengumpan penumpang warga asing
menggunakan perkhidmatannya sebelum bertindak kejam menolak mangsa
keluar dari kereta dan melarikan barangan berharga milik penumpang
terbabit.
Dalam kejadian terbaru Isnin lalu, seorang wanita warga Amerika
Syarikat berusia 46 tahun yang menetap di Malaysia menahan teksi dipandu
suspek berusia 36 tahun berhampiran pusat beli-belah di Bangsar sebelum
meminta dihantar ke Jalan Maarof.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, suspek menolak mangsa sebelum dia memecut teksinya menyebabkan wanita terbabit kerugian RM20,000 membabitkan kehilangan telefon pintar iPhone, cincin, kad kredit dan pelbagai barangan berharga lain.
Menurutnya, mangsa membuat laporan polis selain memberi butiran suspek dan nombor pendaftaran teksi terbabit.
“Hasil maklumat diterima polis kemudian mengesan suspek sebelum menahannya jam 5 petang kelmarin di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Puchong.
“Hasil pemeriksaan, kami merampas semula sebahagian wang sebanyak RM4,049 yang masih dimiliki suspek sementara selebihnya sudah dibelanjakan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, di sini, semalam.
Wan Abdul Bari berkata, siasatan mendapati suspek menyasarkan
warga asing yang bersendirian dan menolak mangsa keluar dari teksi
sebelum melarikan barangan berharga.
“Suspek kini direman sehingga 10 Julai ini bagi membantu siasatan. Sehubungan itu, saya menasihatkan kepada sesiapa yang menjadi mangsa samun memberi maklumat lengkap kenderaan yang digunakan suspek dan diskripsi lain bagi menyegerakan siasatan serta tangkapan,” katanya.
Harian Metro
skrg mcm2 jadi..mcm msia dah xselamat je..minta2x kita d lindungi dari sume nie..
ReplyDeletejom singgah cni:
http://wadahberbicara.blogspot.com/2012/07/cuti-cuti-ke-kuching-part-i.html
Ramai diantara kawan taxi baik cina atau melayu pernah beri nasihat hati hati bila naik taxi yg dibawa oleh org india, dia org ni mmg "gangster", cekik darah dgn boleh kata perompak. Kalau di Bukit bintang, Bangsar, KLCC kawasan kira elite ramai pelancing bukan main ego besar kepala, kita sendir dia buat tak nampak, kalau ye pun nampak bukan main kurang ajar minta 2x ganda lebih dari tambang biasa/meter. Saya sendiri pernah berapa kali kena tipu hal tambang dan buat buat tak de tukar duit kecil bayangkan lah apa terjadi. Kalau boleh diminta elakkan diri anda dari menaiki taxi india tak berhati perut ni.
ReplyDelete