DIDAKWA...Roslan (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, semalam.
MELAKA: Akibat tindakannya membuat pengakuan dirinya Allah dan nabi
akhir zaman, seorang bekas kapten kapal dihadapkan ke Mahkamah Tinggi
Syariah di sini, semalam, atas tuduhan mempersendakan agama Islam di
sekitar negeri ini, kelmarin.
Tertuduh, Roslan Abdul Rahman, 44, yang berjubah putih dan
berkopiah hanya kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa
mahkamah di depan Hakim Syarie Mohd Asri Tahir.
Tertuduh dari Pahang itu kemudian mengangguk faham akan pertuduhan
yang terpaksa dibacakan dua kali berikutan tertuduh mencelah ketika
ditanya mengenai pengakuannya.
Roslan membuat pengakuan tidak bersalah dan memohon dibicarakan.
Roslan membuat pengakuan tidak bersalah dan memohon dibicarakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengejek-ejek agama Islam dengan perkataan ‘Aku ini nabi akhir zaman dan aku mengaku aku Allah’ di sebuah rumah di Taman Rembia Perkasa, Alor Gajah, dekat sini, jam 3.15 petang, 18 Julai lalu.
Harian Metro
No comments:
Post a Comment